Sunday 17 April 2011

PMUKM sambut baik Dasar e-Pembelajaran Negara..

Pada 16 April 2011 yang lalu, barisan PMUKM yang diketuai oleh Presiden PMUKM iaitu Saudara Ahmad Muzammil Bin Mohd Hairi telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), Buku-buku e-Pembelajaran dan juga Malaysia Education Online (MEdo) yang berlangsung di Hotel Pan Pacific, KLIA. Majlis yang dirasmikan sendiri oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi ini turut dihadiri oleh barisan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor dari pelbagai IPTA dan IPTS.


barisan PMUKM bersama TNC Hepa UKM..

Dasar ini dibentuk berdasarkan beberapa matlamat antaranya bertujuan untuk mentransformasi Institusi Pengajian Tinggi ke arah budaya saing global di samping berupaya mendorong IPT mewujudkan suasana dan ekosistem pembelajaran yang kondusif. Malah, dasar ini sebagai salah satu inisiatif untuk mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu lebih 30% program kurikulum menggunakan e-pembelajaran.

Dalam ucapan perasmian YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, beliau menjangkakan melalui dasar ini (DePAN), terdapat 11 perkara yang akan dapat dicapai. Antaranya menepati konsep 1 Malaysia dan intipati rancangan Malaysia ke 10 iaitu agar dasar pendidikan negara bersifat terbuka dan mudah diakses dengan adil oleh setiap pihak. Selain itu, dapat meningkatkan kerjaya di samping menjadikan pelajar IPT lebih kreatif dan inovatif serta menambah nilai diri seseorang itu selepas tamat pengajian nanti. Beliau juga mensasarkan bahawa bilangan pelajar antarabangsa dapat ditingkatkan dengan wujudnya dasar pendidikan ini.

Dasar e-Pembelajaran ini merupakan teras ke-3 pendidikan negara di samping pendidikan sekolah dan tertiari. Diharapkan agar setiap universiti dapat memainkan peranan dalam pembangunan komuniti dengan adanya dasar ini.


Bersama  Mahasiswa, Merealisasi Varsiti..

Friday 15 April 2011

Menarik dari PMUKM: Jom ke Pesta Buku!

Masa yang dinanti-nanti saban tahun kini kembali lagi. Selamat datang ke Pesta Buku Antarabangsa 2011. Biro Akademik dan Keintelektualan PMUKM telah mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas ke sana. Jom pakat mai ramai-ramai! Mana tahu dapat jumpa buku rujukan untuk paper minggu terakhir final exam kan.. ^_^


Apa tunggu lagi?? Usah fikir dua kali. Mari daftar segera kepada MPM Noriah selaku Biro Akademik dan Keintelektualan PMUKM.. 2 trip akan disediakan seperti yang tertera di atas. Tidak perlu pergi sendiri.. semestinya anda akan jimat kos minyak, bayaran tol dan juga jimat tenaga.. Sebarang pertanyaan boleh rujuk MPM Noriah atau mana-mana MPM anda.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"

Saturday 2 April 2011

Exam Mode: All Da Best Mahasiswa UKM!


Detk-detik genting itu semakin hampir. Final exam yang ditakuti oleh semua yang bergelar mahasiswa khususnya buat mereka yang berada di tahun akhir. Sindrom-sindrom demam peperiksaan juga mula dirasai. Fenomena exam yang menjadi penentu sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang dipelajari. Walau apa pun, sematkan 4 perkara ini agar kejayaan yang bakal dikecapi beroleh redha Allah iaitu USAHA, IKHTIAR, DOA dan TAWAKAL.

“Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlu berilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat maka dia perlu berilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia perlu berilmu.”

Kami di barisan PMUKM sesi 10/11 mengucapkan selamat berjaya kepada seluruh mahasiswa/wi UKM sekalian. Manfaatkan ilmu sebaiknya. Moga UKM terus cemerlang di persada dunia dan ke arah mencapai Mardhatillah.. 

Jaringan antara kampus: PMUKM mula berpencak..

Pada 31 Mac yang lalu, satu rombongan MPP dari UniKL kampus Ipoh telah disambut baik oleh barisan kepimpinan PMUKM. Pertemuan yang dirancang ini dijalankan oleh MPP UniKL bagi berkongsi pandangan dan pengalaman bersama kampus-kampus utama sekitar Lembah Kelang termasuklah UKM. Perbincangan yang cukup baik dan harmoni telah diadakan di Bilik Gerakan HEP. Pelbagai perkongsian dan penceritaan mengenai pengalaman memegang tampuk kepimpinan PMUKM yang baru mencecah satu bulan ini disambut baik oleh MPP UniKL yang juga baru dilantik memandangkan mereka masih berusia setahun jagung dan merupakan generasi ke-3 bagi perwakilan pelajar UniKL kampus Ipoh.


Terima kasih diucapkan kepada barisan MPP UniKL yang sudi bertemu kami di barisan MPM UKM. Moga hubungan baik yang telah dibina dapat dieratkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Dan diharapkan perkongsian bersama antara kedua-dua belah pihak mampu mematangkan sesi kepimpinan baru pada kali ini baik bagi UniKL mahupun UKM dan sekaligus melahirkan mahasiswa yang hebat yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara suatu hari nanti. Jangan serik untuk datang ke UKM lagi ya.. ^_^

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"