Friday 27 April 2012

PMUKM terus komited dalam memperkukuh agenda kemasyarakatan..

Pada 6 hingga 8 April yang lalu, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dijemput untuk mengendalikan program Kem Kepimpinan Siri Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Program ini dijalankan atas pelawaan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan motivasi daripada PMUKM setelah melihat kejayaan kem kepimpinan Siri Unggul yang pertama yang dijalankan di Sekolah Mennegah Teknik Kajang pada Februari lalu. Di samping itu, program seperti ini dapat menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang erat antara pihak sekolah dengan barisan perwakilan pelajar PMUKM. Bertemakan slogan “WE ARE BORN TO BE A LEADER”, program ini sememangnya telah dapat mencapai matlamat utamanya sejajar dengan matlamat UKM untuk melestarikan budaya perpaduan dan kemasyarakatan sesama penduduk dan masyarakat setempat.





Tahniah kepada barisan MPP sesi 2010/2011 yang terus komited dalam merealisasikan salah satu agenda yang diketengahkan semasa ucapan dasar presiden semasa watikah pelantikan kepimpinan ini.

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

MPP Noraini berpencak di pentas masyarakat..

Pada 20 April 2012 yang lalu, MPP Noraini telah mendapat jemputan sebagai moderator forum di sebuah sekolah cluster di ibu negara iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR). Bersama-samanya adalah Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Saudari Rohayu Rusli dan juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia, Saudara Muhammad Hazim Bin Mohd Noh.


PMUKM BERSAMA MASYARAKAT

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~