Sunday 8 July 2012

[IKLAN PMUKM] Program Musim Cuti buat Mahasiswa..

Bosan dengan cuti yang panjang? Ingin manfaatkan masa lapang anda dengan aktiviti yang bermanfaat? Ayuh sertai KEM KEPIMPINAN MAHASISWA MUSLIM 2012 anjuran Mujahadah Agro Camp Consultant dengan kerjasama I LUV ISLAM. Pada 13-15 Julai ini di Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor. yuran sebanyak rm150 untuk 3 hari. Pelbagai aktiviti menarik disediakan ke arah melahirkan generasi super muslim dan membentuk kebolehan memimpin. Temui ikon anda IMRAN KOYUBE & ABD RAZAK MUTHALIB. Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, boleh hubungi urusetia program: Azri: 017-4412065 atau Hazirah: 017-3129324 atau layari kif@iluvislam.com/www.kif.com.my

Objektif

  1. Mengenal bakat dan potensi diri melalui aktiviti yang dijalankan.
  2. Meningkatkanprofesionalismemuslim di dalam pengurusan aktiviti dan dakwah.
  3. Meningkatkan kemahiran kepimpinan di dalam diri individu mahupun berkumpulan.
  4. Menyediakan medium kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan ilmu untuk sama-sama menjayakan program-program yang bakal dilaksanakan di universiti masing-masing.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar berlainan universiti melalui aktiviti yang akan dijalankan.

Friday 27 April 2012

PMUKM terus komited dalam memperkukuh agenda kemasyarakatan..

Pada 6 hingga 8 April yang lalu, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dijemput untuk mengendalikan program Kem Kepimpinan Siri Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Program ini dijalankan atas pelawaan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan motivasi daripada PMUKM setelah melihat kejayaan kem kepimpinan Siri Unggul yang pertama yang dijalankan di Sekolah Mennegah Teknik Kajang pada Februari lalu. Di samping itu, program seperti ini dapat menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang erat antara pihak sekolah dengan barisan perwakilan pelajar PMUKM. Bertemakan slogan “WE ARE BORN TO BE A LEADER”, program ini sememangnya telah dapat mencapai matlamat utamanya sejajar dengan matlamat UKM untuk melestarikan budaya perpaduan dan kemasyarakatan sesama penduduk dan masyarakat setempat.





Tahniah kepada barisan MPP sesi 2010/2011 yang terus komited dalam merealisasikan salah satu agenda yang diketengahkan semasa ucapan dasar presiden semasa watikah pelantikan kepimpinan ini.

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

MPP Noraini berpencak di pentas masyarakat..

Pada 20 April 2012 yang lalu, MPP Noraini telah mendapat jemputan sebagai moderator forum di sebuah sekolah cluster di ibu negara iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR). Bersama-samanya adalah Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Saudari Rohayu Rusli dan juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia, Saudara Muhammad Hazim Bin Mohd Noh.


PMUKM BERSAMA MASYARAKAT

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

Wednesday 14 March 2012

[IKLAN PMUKM]: Tawaran Travel Agent Untuk Persatuan Yang Berminat Menjalankan Program Mobiliti Di Luar Negara

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa..

Perhatian buat seluruh Persatuan, Kelab, Anak Negeri dan JAKSA Kolej,

Pihak PMUKM telah dikunjungi oleh Syarikat Lentra Bestari Enterprise yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan sepenuhnya aktiviti sepanjang di luar Negara bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat menjalankan program berbentuk Pendidikan, rekreasi mahupun pelancongan. Antara pakej yang disediakan adalah untuk ke destinasi seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Laos, Kemboja dan juga Vietnam.

Cadangan kos lawatan adalah sebanyak RM690 untuk tempoh 4 hari 3 malam meliputi kos penginapan, makan minum, pengangkutan dan juga tentatif program yang diuruskan seperti lawatan ke universiti dan sebagainya mengikut perbincangan lanjut. Kos tersebut juga boleh berubah dan dirunding mengikut destinasi yang hendak dituju. Untuk makluman, kos ini tidak termasuk tiket pergi dan balik.

Bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat dengan tawaran ini, bolehlah menghubungi Konsultan syarikat, Encik Asri Muhamad Zen di talian 017-2331716.

Alamat Syarikat adalah seperti berikut:

LENTRA BESTARI ENTERPRISE
38, Jalan Forest Heights 1, Seremban Forest Heights
Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


PMUKM SALURAN INFORMASI ANDA..

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..

Tuesday 13 March 2012

Ayuh meriahkan WALK FOR ELECTION bersama MPP Noraini..

Saya menyokong WALK FOR ELECTION.. Anda pula bagaimana?? Ayuh mengorak langkah bersama saya.. 

"SISWI MANTAP PASTI TERSENTAP"

BER-GM LEBIH BAIK!


Saya sudah.. Anda bila lagi??


Aunty jual jam di pusanika juga turut menyatakan sokongan terhadap W4E.. Anda pula? Apa tunggu lagi!!


Eh, macam kenal je pejabat ni.. :)

Gabungan Mahasiswa Ukm meletakkan dua matlamat asas bagi penganjuran W4E'12 ini iaitu;


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

i- Memberikan kesedaran kepada seluruh warga kampus UKM tentang kepentingan proses demokrasi berjalan dengan telus dan berintegriti tanpa kepentingan mana-mana pihak
ii- Memberikan didikan politik nilai yang sewajarnya berlangsung dalam dunia politik kampus; dengan mengenepikan fahaman politik yang sempit dan bersifat berat sebelah.

Program yang dijadualkan berlangsung pada hari Khamis sesuai dengan Hari UNGU GMUKM turut bercadang menjemput seluruh persatuan pelajar dalam UKM agar turut bersama-sama menyertai program "Walk For Election" ini tanpa mengira fahaman atau ideologi masing-masing.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

~WE ❤ UKM!~


Saturday 10 March 2012

Pengerusi SPS, MPP Noraini bakal beraksi di pentas TG2KM..

Semua mahasiswa/wi UKM dijemput memeriahkan majlis. Ayuh beramai-ramai serikan pagi AHAD anda dalam majlis ilmu bersama barisan panelis yang cukup hebat!! Juga menampilkan Ikon siswi anda, MPP Noraini Binti Jumahir..


"SISWI MANTAP PASTI TERSENTAP"

Monday 5 March 2012

MPM Noraini bersama Jamuan Penghargaan Sekretariat PMUKM

Sebentar tadi telah berlangsung sesi pertemuan rasmi slot dialog dan jamuan penghargaan PMUKM bersama sekretariat-sekretariat di bawahnya yang bermula pada pukul 8.15 malam.

Barisan PMUKM yang hadir termasuklah saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil, Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung), Phang Siew Chin @ Alexa (Naib Presiden 1), Mohd Izzuddin (Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan) dan saya sendiri selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM.

MPM Phang berucap mengalu-alukan kehadiran

Turut hadir bersama setiausaha-setiausaha kerja (SUK) PMUKM; Edwin Ong, Lim Lin Lee, Harith Faisal dan Ahmad Afif.

Ahli-ahli sekretariat PMUKM yang hadir pula mewakili daripada Sekretariat Pesta Tanglung, Sekretariat Pesta Ang Pow, Sekretariat Pesta Ullambana, Perwakilan Agama Buddha dan wakil-wakil tutor Kelas Mandarin.



Perjumpaan rasmi ini bertujuan menghargai jasa baik dan tenaga yang dicurahkan ahli-ahli sekretariat yang bertungkus-lumus sepanjang semester.

PMUKM juga dibentangkan serba sedikit perkembangan terkini setiap sekretariat dan permasalahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat Cina di UKM.

Hasil pertemuan ini mendapat maklum balas yang amat baik. Seluruh hadirin turut membuat resolusi yang sepakat untuk bekerjasama di antara sekretariat-sekretariat dan juga melibatkan PMUKM umumnya.


Majlis tersebut berakhir 10.30 malam.

Wednesday 22 February 2012

MPP Noraini memperluas jaringan kemasyarakatan PMUKM

Genap sudah setahun kepimpinan PMUKM di bawah pemerintahan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM). Walaupun bakal melabuhkan tirai tampuk kepimpinan tidak lama lagi, ianya tidak menjadi penghalang kepada barisan MPP PMUKM untuk terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan sehingga ke penghujung sesi ini. Begitu juga bagi MPP Noraini Jumahir selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM yang terus komited dalam memperjuangkan agenda perpaduan dan kemasyarakatan seperti yang digagaskan oleh PMUKM-GMUKM.


Pada 17 & 18 Februari 2012 yang lalu, satu program Kem Kepimpinan Siri Unggul (KEPSUL 12') PMUKM telah berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor. Program yang diuruskan sepenuhnya oleh MPP Noraini setelah mendapat kepercayaan dari pihak sekolah ini menunjukkan bahawa jaringan PMUKM yang semakin meluas kepada masyarakat setempat. 

Program kepimpinan ini dihadiri seramai 55 peserta lelaki dan 45 peserta perempuan yang terdiri daripada barisan kepimpinan sekolah tersebut seperti Pengawas sekolah, Pengawas asrama, Badan Dakwah & Rohani (BADAR), Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Blok.



Dari perjalanan program sehinggalah kepada pembawakan program tersebut keseluruhannya diletakkan di bawah MPP Noraini bagi membentuk ciri-ciri pemimpin yang unggul dalam diri setiap peserta. Antara pengisian yang dimasukkan adalah seperti sesi motivasi oleh Puan Nurul Hanisah Binti Mohd Afandi dari Aura Imtiyaz Consultancy dengan tajuknya "How To Be A Great Leader" dan juga Ceramah kepimpinan oleh Ustaz Nushi Bin Mahfuz selaku Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang bertajuk "Meneladani Kepimpinan Rasulullah S.A.W". Turut hadir memberikan perkongsian kepada para peserta adalah Presiden PMUKM sendiri, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi.



Program ini berlangung dengan jayanya dengan dibantu oleh beberapa orang fasi yang terdiri daripada rakan PMUKM yang sentiasa komited untuk bersama-sama merealisasikan agenda yang digagaskan kepimpinan PMUKM. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melancarkan program kemasyarakatan di bawah MPP Noraini ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pihak sekolah Menengah Teknik Kajang yang telah memberi kepercayaan kepada PMUKM untuk mencorak pemimpin-pemimpin sekolah tersebut ke arah yang lebih baik.



"WE ARE BORN TO BE A LEADER"

 BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI.. 

Tuesday 14 February 2012

Usah Gadai Perpaduan Demi Kuasa..

Kehangatannya kian terasa. Bahang Pilihanraya umum (PRU) semakin menyengat bagi mereka yang mengambil tahu akan isu politik dan pentadbiran negara. Begitu juga gendang pilihanraya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dipalu meskipun tarikh yang lebih jelas belum diumumkan. Alangkah baiknya jika pemilihan pemimpin ini dilaksanakan dengan baik dan penuh keamanan. Namun, sketsa politik kini tidak seindah yang diimpikan. Lebih drama dari kelayakan yang patut ditonjolkan. Baik politik negara mahupun kampus, kedua-duanya mengalami suasana yang tidak kurang bezanya.

Kebelakangan ini ramai orang begitu taksub dengan politik masing-masing sehingga berulang kali merendahkan kemampuan intelektual dan memilih hanya mempercayai hal yang ingin mereka percaya. Oleh kerana taksub dan mempunyai sifat benci yang tinggi pada lawan, puak dari pelbagai kubu politik seringkali menerima apa saja yang disaji tanpa memeriksa kebenaran informasi yang diterima.

Kebebasan berfikir dan memilih dengan baik yang menjadi tanggungjawab rakyat hari ini telah menjadi lebih sulit. Rakyat disaji dengan drama politik yang sering memberi fakta-fakta putar belit yang mengelirukan dan berfokus untuk berkata buruk terhadap pihak lawan.

Tak lama dahulu kempen-kempen politik adalah demi meyakinkan pemilih tentang perkara yang boleh dilakukan oleh calon yang bertanding. Agenda bangsa, negara selalu menjadi fokus kempen. Pada ketika itu, pemilih memilih orang yang benar-benar boleh mewakili mereka dan suara-suara mereka. Hari ini mereka yang terpilih bergantung kepada kepandaian calon mencaci cerca lawan. Kemenangan tidak tergantung kepada kualiti calon terpilih tetapi bergantung kepada keburukan pihak lawan yang ditaburkan.

Kini rakyat Malaysia yang boleh mengundi terbahagi kepada tiga golongan. Satu dan dua adalah mereka yang begitu anti kerajaan dan anti pembangkang. Ketiga adalah golongan yang malas mengambil tahu. Golongan ketiga ini terbagi pula kepada dua. Satu mereka yang malas mengambil tahu kerana kurang berminat, tetapi yang lebih ramai adalah mereka yang malas mengambil tahu kerana muak dengan permainan politik yang nampak berat dan memualkan.

Ini satu fenomena yang menyedihkan. Rakyat dan pemilih yang baik adalah mereka yang seharusnya memilih kerana menyokong, bukan membenci. Budaya menyokong calon yang ingin dipilih akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Pemilih sebegini akan meletakkan 'kayu ukur' sebelum memilih pemimpin mereka. Ciri-ciri seperti calon yang lebih bijak, mampu mewakili pemilih dengan lebih baik, tidak angkuh atau sombong boleh dijadikan antara kriteria. 


Tetapi kini, sebaliknya pula yang berlaku. Senjata untuk meraih undi dan hati pemilih adalah dengan menjatuhkan pihak lawan. Bukannya menonjolkan kebolehan yang ada pada diri. Semakin hebat kita menjatuhkan pihak lawan, semakin hampir dengan kemenangan. Strategi yang dirasakan cukup ampuh memandangkan sikap rakyat kini mudah menerima sesuatu yang didengar dari membongkar kebenarannya. 

Usahlah kita melaga-lagakan rakyat dan mengadai perpaduan sesama mereka untuk mendapatkan kuasa. Dengan pelbagai teknik kotor untuk menjatuhkan pihak lawan pasti akan membuatkan penyokong kepada calon yang diburukkan akan berbalah dengan penyokong calon yang lain dan masing-masing akan terus dikaburi dengan cerita-cerita dongeng. Manakala permusuhan terus berlanjutan demi mempertahankan calon pilihan.

Rentak politik seperti ini perlu dijauhkan dari corak politik Malaysia. Politik benci mungkin berhasil untuk membuat pemilih membenci pihak lawan dan akhirnya tidak ada pilihan  melainkan dengan memilih pihak yang satu lagi tetapi cara ini tidak akan membawa Malaysia menjadi negara yang lebih baik. Politik  berunsur kotor ini akan melalaikan perjuangan, melambatkan pertumbuhan, menjadi risiko kepada rusuhan dan seterusnya memusnahkan semua yang telah tercapai. Mungkin secara peribadi ia akan menguntungkan pihak yang akan menang, hakikatnya secara keseluruhan ia mampu merosakkan Malaysia.


Tidak salah untuk berpolitik secara lebih sihat. Rakyat Malaysia dan pemilih hari ini sudah tentu mereka yang lebih bijak mengetahui apa yang lebih baik buat mereka. Jangan terlalu takut akan kekalahan atau terlalu taksub ingin berkuasa. Malaysia sudah berada di landasan yang baik dan pemimpin yang ideal adalah mereka yang menolak kepentingan diri sendiri dan sama-sama lebih bertanggungjawab membawa Malaysia ke hadapan dengan baik. Kita inginkan pemimpin yang mampu memimpin bukan pemimpin yang ingin berkuasa.

Be gentleman and let the best man win..

Tuesday 3 January 2012

Exam Comes Again.. ALL DA BEST!


In Exams,
We look up for INSPIRATION,
Down for DESPERATION,
left and right for INFORMATION..

Put your good efforts and never give up!



And lastly, to all students in all over the world,



AJA-AJA FIGHTING!!

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

PMUKM terus komited membawa agenda KEILMUAN & PERPADUAN..

Pada 16 Disember 2011 yang lalu, satu majlis penyampaian sijil kepada pelajar bagi Projek Kelas Mandarin Anjuran PMUKM sesi 2011/2012 Semester 1 telah diadakan di bangunan Fakulti Sains & Teknologi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden PMUKM sendiri, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi. Turut hadir pada malam penyampaian sijil tersebut adalah Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM iaitu Saudari Noraini Binti Jumahir, Exco Biro Perpaduan PMUKM, Saudara Wu Tuan Yuan dan juga beberapa perwakilan dari Chinese Community Council (CCC UKM) dan perwakilan pelajar dari Negara China.


Ucapan perasmian oleh Presiden PMUKM, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi


Gimik perasmian..




Persembahan nyanyian lagu Mandarin oleh pelajar-pelajar.. 


Presiden PMUKM bersama Pengerusi CCC dan juga Ketua Pengarah Projek Kelas Mandarin


Antara pelajar yang mendapat pencapaian yang memberansangkan..


Penyampaian cenderahati dari Ketua Pengarah kepada Presiden PMUKM sebagai tanda penghargaan.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar projek Kelas Mandarin Anjuran PMUKM sesi 2011/2012 yang mencatatkan pencapaian terbaik 100% lulus. Dan tahniah juga kepada barisan kepimpinan Projek Kelas Mandarin PMUKM yang begitu komited menjalankan tugas sehingga mampu mencorakkan pelajar yang cemerlang dalam bahasa Mandarin..

WELL DONE TO ALL CANDIDATES!! KEEP IT UP!

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~