Monday 5 March 2012

MPM Noraini bersama Jamuan Penghargaan Sekretariat PMUKM

Sebentar tadi telah berlangsung sesi pertemuan rasmi slot dialog dan jamuan penghargaan PMUKM bersama sekretariat-sekretariat di bawahnya yang bermula pada pukul 8.15 malam.

Barisan PMUKM yang hadir termasuklah saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil, Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung), Phang Siew Chin @ Alexa (Naib Presiden 1), Mohd Izzuddin (Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan) dan saya sendiri selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM.

MPM Phang berucap mengalu-alukan kehadiran

Turut hadir bersama setiausaha-setiausaha kerja (SUK) PMUKM; Edwin Ong, Lim Lin Lee, Harith Faisal dan Ahmad Afif.

Ahli-ahli sekretariat PMUKM yang hadir pula mewakili daripada Sekretariat Pesta Tanglung, Sekretariat Pesta Ang Pow, Sekretariat Pesta Ullambana, Perwakilan Agama Buddha dan wakil-wakil tutor Kelas Mandarin.



Perjumpaan rasmi ini bertujuan menghargai jasa baik dan tenaga yang dicurahkan ahli-ahli sekretariat yang bertungkus-lumus sepanjang semester.

PMUKM juga dibentangkan serba sedikit perkembangan terkini setiap sekretariat dan permasalahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat Cina di UKM.

Hasil pertemuan ini mendapat maklum balas yang amat baik. Seluruh hadirin turut membuat resolusi yang sepakat untuk bekerjasama di antara sekretariat-sekretariat dan juga melibatkan PMUKM umumnya.


Majlis tersebut berakhir 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment