Sunday 8 July 2012

[IKLAN PMUKM] Program Musim Cuti buat Mahasiswa..

Bosan dengan cuti yang panjang? Ingin manfaatkan masa lapang anda dengan aktiviti yang bermanfaat? Ayuh sertai KEM KEPIMPINAN MAHASISWA MUSLIM 2012 anjuran Mujahadah Agro Camp Consultant dengan kerjasama I LUV ISLAM. Pada 13-15 Julai ini di Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor. yuran sebanyak rm150 untuk 3 hari. Pelbagai aktiviti menarik disediakan ke arah melahirkan generasi super muslim dan membentuk kebolehan memimpin. Temui ikon anda IMRAN KOYUBE & ABD RAZAK MUTHALIB. Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, boleh hubungi urusetia program: Azri: 017-4412065 atau Hazirah: 017-3129324 atau layari kif@iluvislam.com/www.kif.com.my

Objektif

  1. Mengenal bakat dan potensi diri melalui aktiviti yang dijalankan.
  2. Meningkatkanprofesionalismemuslim di dalam pengurusan aktiviti dan dakwah.
  3. Meningkatkan kemahiran kepimpinan di dalam diri individu mahupun berkumpulan.
  4. Menyediakan medium kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan ilmu untuk sama-sama menjayakan program-program yang bakal dilaksanakan di universiti masing-masing.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar berlainan universiti melalui aktiviti yang akan dijalankan.

Friday 27 April 2012

PMUKM terus komited dalam memperkukuh agenda kemasyarakatan..

Pada 6 hingga 8 April yang lalu, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dijemput untuk mengendalikan program Kem Kepimpinan Siri Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Program ini dijalankan atas pelawaan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan motivasi daripada PMUKM setelah melihat kejayaan kem kepimpinan Siri Unggul yang pertama yang dijalankan di Sekolah Mennegah Teknik Kajang pada Februari lalu. Di samping itu, program seperti ini dapat menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang erat antara pihak sekolah dengan barisan perwakilan pelajar PMUKM. Bertemakan slogan “WE ARE BORN TO BE A LEADER”, program ini sememangnya telah dapat mencapai matlamat utamanya sejajar dengan matlamat UKM untuk melestarikan budaya perpaduan dan kemasyarakatan sesama penduduk dan masyarakat setempat.





Tahniah kepada barisan MPP sesi 2010/2011 yang terus komited dalam merealisasikan salah satu agenda yang diketengahkan semasa ucapan dasar presiden semasa watikah pelantikan kepimpinan ini.

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

MPP Noraini berpencak di pentas masyarakat..

Pada 20 April 2012 yang lalu, MPP Noraini telah mendapat jemputan sebagai moderator forum di sebuah sekolah cluster di ibu negara iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR). Bersama-samanya adalah Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Saudari Rohayu Rusli dan juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia, Saudara Muhammad Hazim Bin Mohd Noh.


PMUKM BERSAMA MASYARAKAT

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

Wednesday 14 March 2012

[IKLAN PMUKM]: Tawaran Travel Agent Untuk Persatuan Yang Berminat Menjalankan Program Mobiliti Di Luar Negara

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa..

Perhatian buat seluruh Persatuan, Kelab, Anak Negeri dan JAKSA Kolej,

Pihak PMUKM telah dikunjungi oleh Syarikat Lentra Bestari Enterprise yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan sepenuhnya aktiviti sepanjang di luar Negara bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat menjalankan program berbentuk Pendidikan, rekreasi mahupun pelancongan. Antara pakej yang disediakan adalah untuk ke destinasi seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Laos, Kemboja dan juga Vietnam.

Cadangan kos lawatan adalah sebanyak RM690 untuk tempoh 4 hari 3 malam meliputi kos penginapan, makan minum, pengangkutan dan juga tentatif program yang diuruskan seperti lawatan ke universiti dan sebagainya mengikut perbincangan lanjut. Kos tersebut juga boleh berubah dan dirunding mengikut destinasi yang hendak dituju. Untuk makluman, kos ini tidak termasuk tiket pergi dan balik.

Bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat dengan tawaran ini, bolehlah menghubungi Konsultan syarikat, Encik Asri Muhamad Zen di talian 017-2331716.

Alamat Syarikat adalah seperti berikut:

LENTRA BESTARI ENTERPRISE
38, Jalan Forest Heights 1, Seremban Forest Heights
Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


PMUKM SALURAN INFORMASI ANDA..

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..

Tuesday 13 March 2012

Ayuh meriahkan WALK FOR ELECTION bersama MPP Noraini..

Saya menyokong WALK FOR ELECTION.. Anda pula bagaimana?? Ayuh mengorak langkah bersama saya.. 

"SISWI MANTAP PASTI TERSENTAP"

BER-GM LEBIH BAIK!


Saya sudah.. Anda bila lagi??


Aunty jual jam di pusanika juga turut menyatakan sokongan terhadap W4E.. Anda pula? Apa tunggu lagi!!


Eh, macam kenal je pejabat ni.. :)

Gabungan Mahasiswa Ukm meletakkan dua matlamat asas bagi penganjuran W4E'12 ini iaitu;


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

i- Memberikan kesedaran kepada seluruh warga kampus UKM tentang kepentingan proses demokrasi berjalan dengan telus dan berintegriti tanpa kepentingan mana-mana pihak
ii- Memberikan didikan politik nilai yang sewajarnya berlangsung dalam dunia politik kampus; dengan mengenepikan fahaman politik yang sempit dan bersifat berat sebelah.

Program yang dijadualkan berlangsung pada hari Khamis sesuai dengan Hari UNGU GMUKM turut bercadang menjemput seluruh persatuan pelajar dalam UKM agar turut bersama-sama menyertai program "Walk For Election" ini tanpa mengira fahaman atau ideologi masing-masing.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

~WE ❤ UKM!~


Saturday 10 March 2012

Pengerusi SPS, MPP Noraini bakal beraksi di pentas TG2KM..

Semua mahasiswa/wi UKM dijemput memeriahkan majlis. Ayuh beramai-ramai serikan pagi AHAD anda dalam majlis ilmu bersama barisan panelis yang cukup hebat!! Juga menampilkan Ikon siswi anda, MPP Noraini Binti Jumahir..


"SISWI MANTAP PASTI TERSENTAP"

Monday 5 March 2012

MPM Noraini bersama Jamuan Penghargaan Sekretariat PMUKM

Sebentar tadi telah berlangsung sesi pertemuan rasmi slot dialog dan jamuan penghargaan PMUKM bersama sekretariat-sekretariat di bawahnya yang bermula pada pukul 8.15 malam.

Barisan PMUKM yang hadir termasuklah saudara Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil, Mohamad Ezuan (Setiausaha Agung), Phang Siew Chin @ Alexa (Naib Presiden 1), Mohd Izzuddin (Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan) dan saya sendiri selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM.

MPM Phang berucap mengalu-alukan kehadiran

Turut hadir bersama setiausaha-setiausaha kerja (SUK) PMUKM; Edwin Ong, Lim Lin Lee, Harith Faisal dan Ahmad Afif.

Ahli-ahli sekretariat PMUKM yang hadir pula mewakili daripada Sekretariat Pesta Tanglung, Sekretariat Pesta Ang Pow, Sekretariat Pesta Ullambana, Perwakilan Agama Buddha dan wakil-wakil tutor Kelas Mandarin.



Perjumpaan rasmi ini bertujuan menghargai jasa baik dan tenaga yang dicurahkan ahli-ahli sekretariat yang bertungkus-lumus sepanjang semester.

PMUKM juga dibentangkan serba sedikit perkembangan terkini setiap sekretariat dan permasalahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat Cina di UKM.

Hasil pertemuan ini mendapat maklum balas yang amat baik. Seluruh hadirin turut membuat resolusi yang sepakat untuk bekerjasama di antara sekretariat-sekretariat dan juga melibatkan PMUKM umumnya.


Majlis tersebut berakhir 10.30 malam.