Pada 6 hingga 8 April yang lalu, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah dijemput untuk mengendalikan program Kem Kepimpinan Siri Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.
Program ini dijalankan atas pelawaan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA SHARIFAH RODZIAH yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan motivasi
daripada PMUKM setelah melihat kejayaan kem kepimpinan Siri Unggul yang pertama
yang dijalankan di Sekolah Mennegah Teknik Kajang pada Februari lalu. Di samping itu, program seperti ini dapat menjalinkan
hubungan kemasyarakatan yang erat antara pihak sekolah dengan barisan perwakilan
pelajar PMUKM. Bertemakan slogan “WE ARE BORN TO BE A LEADER”, program ini sememangnya telah dapat mencapai matlamat utamanya sejajar
dengan matlamat UKM untuk melestarikan budaya perpaduan dan kemasyarakatan
sesama penduduk dan masyarakat setempat.


Tahniah kepada barisan MPP sesi 2010/2011 yang terus komited dalam merealisasikan salah satu agenda yang diketengahkan semasa ucapan dasar presiden semasa watikah pelantikan kepimpinan ini.
~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~
No comments:
Post a Comment