Wednesday 14 March 2012

[IKLAN PMUKM]: Tawaran Travel Agent Untuk Persatuan Yang Berminat Menjalankan Program Mobiliti Di Luar Negara

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa..

Perhatian buat seluruh Persatuan, Kelab, Anak Negeri dan JAKSA Kolej,

Pihak PMUKM telah dikunjungi oleh Syarikat Lentra Bestari Enterprise yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan sepenuhnya aktiviti sepanjang di luar Negara bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat menjalankan program berbentuk Pendidikan, rekreasi mahupun pelancongan. Antara pakej yang disediakan adalah untuk ke destinasi seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Laos, Kemboja dan juga Vietnam.

Cadangan kos lawatan adalah sebanyak RM690 untuk tempoh 4 hari 3 malam meliputi kos penginapan, makan minum, pengangkutan dan juga tentatif program yang diuruskan seperti lawatan ke universiti dan sebagainya mengikut perbincangan lanjut. Kos tersebut juga boleh berubah dan dirunding mengikut destinasi yang hendak dituju. Untuk makluman, kos ini tidak termasuk tiket pergi dan balik.

Bagi mana-mana persatuan dan kelab yang berminat dengan tawaran ini, bolehlah menghubungi Konsultan syarikat, Encik Asri Muhamad Zen di talian 017-2331716.

Alamat Syarikat adalah seperti berikut:

LENTRA BESTARI ENTERPRISE
38, Jalan Forest Heights 1, Seremban Forest Heights
Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


PMUKM SALURAN INFORMASI ANDA..

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..

2 comments:

  1. Contoh yg RM690 tu, tu utk 12 org atau seorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada bertanya tentang kos itu dan katanya untuk seorang. saya pun x pasti ianya dikira murah atau tidak.. :) tapi harga itu boleh dirunding lagi.. cubalah hubungi Encik Asri sekiranya berminat ye.. all da best! ^^

      Delete