Genap sudah setahun kepimpinan PMUKM di bawah pemerintahan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM). Walaupun bakal melabuhkan tirai tampuk kepimpinan tidak lama lagi, ianya tidak menjadi penghalang kepada barisan MPP PMUKM untuk terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan sehingga ke penghujung sesi ini. Begitu juga bagi MPP Noraini Jumahir selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM yang terus komited dalam memperjuangkan agenda perpaduan dan kemasyarakatan seperti yang digagaskan oleh PMUKM-GMUKM.
Pada 17 & 18 Februari 2012 yang lalu, satu program Kem Kepimpinan Siri Unggul (KEPSUL 12') PMUKM telah berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor. Program yang diuruskan sepenuhnya oleh MPP Noraini setelah mendapat kepercayaan dari pihak sekolah ini menunjukkan bahawa jaringan PMUKM yang semakin meluas kepada masyarakat setempat.
Program kepimpinan ini dihadiri seramai 55 peserta lelaki dan 45 peserta perempuan yang terdiri daripada barisan kepimpinan sekolah tersebut seperti Pengawas sekolah, Pengawas asrama, Badan Dakwah & Rohani (BADAR), Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Blok.
Dari perjalanan program sehinggalah kepada pembawakan program tersebut keseluruhannya diletakkan di bawah MPP Noraini bagi membentuk ciri-ciri pemimpin yang unggul dalam diri setiap peserta. Antara pengisian yang dimasukkan adalah seperti sesi motivasi oleh Puan Nurul Hanisah Binti Mohd Afandi dari Aura Imtiyaz Consultancy dengan tajuknya "How To Be A Great Leader" dan juga Ceramah kepimpinan oleh Ustaz Nushi Bin Mahfuz selaku Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang bertajuk "Meneladani Kepimpinan Rasulullah S.A.W". Turut hadir memberikan perkongsian kepada para peserta adalah Presiden PMUKM sendiri, Leftenan Muda Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi.
Program ini berlangung dengan jayanya dengan dibantu oleh beberapa orang fasi yang terdiri daripada rakan PMUKM yang sentiasa komited untuk bersama-sama merealisasikan agenda yang digagaskan kepimpinan PMUKM. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melancarkan program kemasyarakatan di bawah MPP Noraini ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pihak sekolah Menengah Teknik Kajang yang telah memberi kepercayaan kepada PMUKM untuk mencorak pemimpin-pemimpin sekolah tersebut ke arah yang lebih baik.
"WE ARE BORN TO BE A LEADER"
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..
No comments:
Post a Comment