Pada 16 April 2011 yang lalu, barisan PMUKM yang diketuai oleh Presiden PMUKM iaitu Saudara Ahmad Muzammil Bin Mohd Hairi telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), Buku-buku e-Pembelajaran dan juga Malaysia Education Online (MEdo) yang berlangsung di Hotel Pan Pacific, KLIA. Majlis yang dirasmikan sendiri oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi ini turut dihadiri oleh barisan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor dari pelbagai IPTA dan IPTS.
barisan PMUKM bersama TNC Hepa UKM..
Dasar ini dibentuk berdasarkan beberapa matlamat antaranya bertujuan untuk mentransformasi Institusi Pengajian Tinggi ke arah budaya saing global di samping berupaya mendorong IPT mewujudkan suasana dan ekosistem pembelajaran yang kondusif. Malah, dasar ini sebagai salah satu inisiatif untuk mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu lebih 30% program kurikulum menggunakan e-pembelajaran.
Dalam ucapan perasmian YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, beliau menjangkakan melalui dasar ini (DePAN), terdapat 11 perkara yang akan dapat dicapai. Antaranya menepati konsep 1 Malaysia dan intipati rancangan Malaysia ke 10 iaitu agar dasar pendidikan negara bersifat terbuka dan mudah diakses dengan adil oleh setiap pihak. Selain itu, dapat meningkatkan kerjaya di samping menjadikan pelajar IPT lebih kreatif dan inovatif serta menambah nilai diri seseorang itu selepas tamat pengajian nanti. Beliau juga mensasarkan bahawa bilangan pelajar antarabangsa dapat ditingkatkan dengan wujudnya dasar pendidikan ini.
Dasar e-Pembelajaran ini merupakan teras ke-3 pendidikan negara di samping pendidikan sekolah dan tertiari. Diharapkan agar setiap universiti dapat memainkan peranan dalam pembangunan komuniti dengan adanya dasar ini.
Bersama Mahasiswa, Merealisasi Varsiti..
Bilakah dasar e-pembelajran IPT wujud? adakah tahun 2011 atau 2010?
ReplyDeleteTo QinYi Chang: Keperluan bidang e-pembelajaran IPT ini telah dikemukakan oleh National IT Council (NITC)pada tahun 2010.
ReplyDeleteMakanya, kerajaan telah merangka Dasar e-Pembelajaran Negara dan melancarkannya pada tahun 2011.