Sejak dahulu lagi, masalah penagihan dadah merupakan isu yang semakin lali di dengar baik di dada-dada akhbar, di kaca televisyen, di corong-corong radio mahupun dari perbualan seharian masyarakat. Masalah ini semakin parah dan meruncing di kalangan rakyat negara kita. Ianya juga cukup membimbangkan masyarakat kerana kesannya yang mampu merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara.
Pada hemat saya, masalah penagihan dadah ini adalah bapa kepada masalah sosial yang lain seperti mencuri, tidak menghormati ibubapa, mat rempit, bohsia, gangsterisme, buang bayi, keganasan rumahtangga, perceraian, seks bebas dan sebagainya lagi. Pelbagai usaha telah dilancarkan semenjak tahun 1970 an lagi bagi memerangi gejala yang tidak sihat ini. Namun segala penyelesaian alternatif yang dijalankan ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Tahun demi tahun, peningkatan jumlah penagih dadah semakin meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada tahun 2007, dalam Mingguan Malaysia bertarikh 1 Julai, dicatatkan bahawa statistik penagih dadah di Malaysia dianggarkan melebihi sejuta orang. Bukankah bilangan itu cukup membimbangkan kita? Jumlah ini belum termasuk dengan penagih dadah yang tidak dapat dijejaki lagi.
Walaubagaimanapun, bukan soal statistik yang ingin diketengahkan. Persoalan yang paling utama adalah sampai bila masalah ini akan berterusan dan mampu ditangani.. Negara kita telah meletakkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dadah pada tahun 2015.. Mampukah matlamat ini terlaksana demi kesejahteraan hidup rakyat dengan melihatkan jarak tahun yang semakin menghampiri dari apa yang disasarkan.
Pada pandangan saya selaku Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM sesi 10/11, semua harapan ini sebenarnya mampu dicapai dengan mudah jika semua pihak memiliki kesedaran dan berusaha memainkan peranan masing-masing seperti agensi penguatkuasaan, NGO, pemimpin, masyarakat, pelajar, ibubapa dan individu amnya. Semua individu mesti berusaha menjauhkan diri dari terlibat dengan penagihan dadah. Dengan itu dadah yang dikenali sebagai musuh negara nombor satu ini mampu dihapuskan sama sekali di negara kita bagi membentuk kehidupan generasi yang akan datang yang lebih aman dan harmoni. Impossible is nothing.
Ayuh katakan "SAYA BENCI DADAH"!!!
^_^
No comments:
Post a Comment