Pada 23 Mac yang lalu, beberapa orang Perwakilan Mahasiswa UKM yang terdiri daripada Presiden MPM sendiri, saudara Ahmad Muzammil, Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung), saudari Muslimah bt Marsi (Naib Presiden 2); Noraini bt Jumahir (Pengerusi Biro Perpaduan & Masyarakat), Noriah bt Abdul Rahman (Biro Akademik & Intelektual), Nurul Akma Zulkefli (Biro Kebajikan & Aduan) dan Kamarul Hatem Muhammad (Biro Informasi & Penerangan) telah melawat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus KL sempena siri "Jelajah Sehari Bersama Mahasiswa"
sesi penerangan kepada mahasiswa UKM KL dan ucapan 'GOOD LUCK'
sempena peperiksaan yang semakin hampir.
Siri jelajah ini menunjukkan bahawa tiada sebarang sempadan bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM untuk terus berhubung dengan mahasiswa kampus KL dan Cheras walaupun tidak berada di bawah kampus induk yang sama. Suara mahasiswa di KL dan Cheras pasti akan sampai kepada MPM UKM walaupun kami berada di Bangi kerana Suara Anda adalah Keutamaan Kami walau di mana sahaja anda berada.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa/wi UKM kampus KL atas sambutan yang baik kepada kami. Semoga Berjaya diucapkan untuk Final Exam akan datang. All Da Best!
BERSAMA MAHASISWA, REALISASI VARSITI
No comments:
Post a Comment